Memahami prinsip pelaburan Benjamin Graham
“UNTUK mendapat pulangan pelaburan memuaskan adalah lebih mudah daripada yang kita jangkakan; tetapi untuk mendapatkan pulangan lumayan sebenarnya adalah lebih sukar daripada yang disangkakan,” – demikian kata pelabur terkenal Benjamin Graham, yang diakui bapa kepada dua prinsip asas pelaburan, iaitu analisis sekuriti dan pelaburan nilai.Graham adalah ikon bagi ramai pelabur terkenal seperti William J Ruane dan Irving Kahn. Namun, pengikutnya paling terkenal ialah Warren Buffet.Maka jika anda mahu belajar tentang cara melabur dengan bijak, tiada cara lebih baik selain belajar daripada beliau.Graham dilahirkan di United Kingdom pada 1894. Pada usia lapan tahun, beliau berhijrah ke Amerika Syarikat. Beliau memperoleh ijazah daripada Universiti Colombia pada 1914 dan memulakan kerjayanya sebagai penganalisis kewangan di Wall Street.Pada usia 32 tahun, beliau menubuhkan syarikat pelaburan swasta pertamanya, Benjamin Graham Joint Account.Ketika Zaman Meleset sekitar 1929 dan 1932, Graham mengalami kerugian 70 peratus daripada dananya yang bernilai AS$2.5 juta.Walaupun ramai pelanggannya berputus asa, Graham terus mengharungi Zaman Meleset itu dengan cekal yang mana pada 1935 beliau memperoleh semula wang yang rugi itu.Antara prinsip pelaburannya adalah:l Fahami perbezaan antara pelaburan dan spekulasiGraham menitikberatkan perbezaan antara pelaburan dan spekulasi. Baginya setiap pelaburan membabitkan analisis mendalam terhadap syarikat, perlu memiliki margin keselamatan baik dan boleh mendatangkan pulangan memuaskan.Spekulasi pula sekadar membabitkan masa dan meraih keuntungan daripada turun naik pasaran.l Lakukan analisis terperinci kerana saham mewakili pegangan dalam sesebuah syarikatDalam menjalankan analisis terperinci, pelabur perlu menganggap pembelian saham sesebuah syarikat seperti membeli sebahagian perniagaannya.Anda perlu menilai harga saham daripada sudut nilai aset, kekukuhan kewangan dan prospek pendapatan masa depan dan bukan hanya kepada turun naik harga yang berlaku untuk jangka pendek.Analisis terperinci itu akan memberikan pelabur nilai sebenar syarikat itu.l Pastikan margin keselamatan anda kukuhPrinsip Graham paling terkenal dan berkesan ialah margin keselamatan.Pengalamannya ketika zaman meleset meninggalkan kesan mendalam kepada beliau dan menjadikannya pelabur berhati-hati dan mengutamakan pengekalan modal pelaburan.Sebagai contoh, jika nilai sebenar sesuatu saham ialah RM1 dan anda dapat membelinya pada harga 67 sen, maka margin keselamatan anda ialah 33 peratus.Margin keselamatan 33 peratus ini akan bertindak mengurangkan kesan ke atas pelaburan jika harga saham jatuh dan mengurangkan kemungkinan kehilangan modal jika wujud kesilapan dalam pengiraan nilai sebenar saham itu.l Pastikan matlamat pelaburan anda realistikGraham memberi amaran kepada pelabur supaya meletakkan sasaran pulangan realistik kerana jika sasaran terlalu tinggi, anda mungkin mendedahkan diri kepada risiko yang tinggi.Sasaran pulangan tidak realistik juga mungkin menyebabkan pelaburan anda bertukar menjadi spekulasi.l Anggap pasaran sebagai hamba dan bukannya tuanGraham percaya risiko dan pulangan tidak meningkat pada kadar sama, justeru beliau sentiasa mencari peluang memperoleh keuntungan dalam pasaran turun naik.Baginya, pasaran saham bersifat tidak menentu, justeru pelabur sepatutnya menggunakan peluang yang ada untuk membeli saham murah ketika pasaran saham merudum.Mereka boleh mengelak berdepan risiko tinggi jika memahami perniagaan syarikat yang mahu dibeli sahamnya.Bagaimanapun, Graham tidak menggalakkan melabur berdasarkan unjuran dan masa pasaran semata-mata.Antara kriteria digunakan Graham dalam memilih saham adalah:l Ia perlu mempunyai nisbah harga kepada nilai buku sebanyak 1.5 kali.l Nisbah harga kepada pendapatan (PE) kurang daripada 20 kali; danl Nisbah hutang kepada ekuiti sebanyak 0.5 kali.Berpandukan prinsip itu, jelas beliau mengamalkan prinsip pelaburan bertahan.Nota: Artikel ini ditulis oleh SIDC dan Ooi Kok Hwa, peme-gang Lesen Wakil Perkhid-matan Pasaran Modal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat yang terkandung adalah untuk pendidikan dan tidak boleh dianggap peng-ganti untuk nasihat perunda-ngan atau profesional.Sila layari laman web Pelabur Malaysia, www.min.com.my untuk mendapatkan tips pelaburan bijak.